Welcome To Salwa Aina Blogs

Selasa, 30 Juli 2013

Malam 100 bulan

RUMUS _ RUMUS LAILATUL QADAR MENURUT IMAM SYAFIE.. # Imam Hassan al-Basri berkata tanda lailatul qadar ialah suasana malamnya tenang, damai, tenteram dan tidak panas dan tidak terlalu dingin. # Air laut juga kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak dan matahari terbit pada keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup. # Dalam Shahih Muslim dinyatakan bahawa pada malam lailatulqadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. # Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung. # Malaikat akan naik semula ke langit secara serentak dengan sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang. # Sesiapa yang menyedari tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan berdoa sepanjang hari sebagaimana ketekunan ibadahnya di malam hari. # Lailatulqadar ialah malam yang penuh rahsia. Hanya Allah mengetahui bila ia terjadi. Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasalam sangat mengalakkan umatnya mencari peluang beriktikaf di malam lailatulqadar. Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasalam bersabda: "Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah). # Mengikut Anas daripada Nabi Sollallahu Alaihi Wasalam menyatakan bahawa "Allah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya." # Gandakan ibada t pada malam ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29. # Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan Ali bin Abu Talib. "Sesungguhnya Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasalam membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat): ~"Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada segala kemurkaan-Mu. Aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat-Mu yang tidak terhitung nikmat dan belas kasihan yang Engkau berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-Mu seperti mana pujian yang layak bagi Zat-Mu"~ (Hadis shahih riwayat al-Tirmizi,al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad) . # Umat Islam dianjurkan berdoa sebagaimana dikhabarkan daripada Aishah: "Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada lailatulqadar apakah yang sepatutnya aku ucapkan?" Baginda menjawab : "Katakanlah : "Allahumma innaka'afuwun tuhibbu al-afwa fa'fu'anni " (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku). Hadis riwayat Imam Ibnu Majah. # Petua mencari Malam Lailatul Qadar (Petikan daripada Kitab Jauhar Al-Mauhub -Muka Surat 66 & 67 ) Assalammu'alaikum wb Dan adalah malam Lailatul Qadar itu pada Imam Syafie Radiyallahu’anhu tersimpan ia di dalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadan tetapi pada malam “gasal” (ganjil) itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang “gasal” (ganjil) itu malam yang dua puluh satu dan malam yang dua puluh tiga. Dan yang “rajihnya” bahawasanya malam Lailatul Qadar itu melazimi ia akan malam yang tertentu maka tiada terpindah ia daripada seperti barang yang diriwayatkan daripada Abas bahawasanya malam Lailatul Qadar itu malam yang dua puluh tujuh kerana diambil daripada firman Allah ta’ala “Inna annzalnahu filailatul qdr” hingga “Salam mun hi ya” … maka bahawasanya kalimah “ hi ya’ itu dua puluh tujuh daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam lailatul qadar dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala negeri dan iaitu mazhab kebbanyakan Ahli al-‘Ilmi. Dan kata qil; “Bahawasanya malam lailatul qadar itu terpindah ia tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ia pada dua puluh satu dan terkadang ada ia pada malam dua puluh lima demikianlah dan atas perkataan ini menjalani dua ahli Sufi dan menyata mereka itu akan “dhabit” dan kaedah bagi yang demikian itu dan iaitu; Dan telah memilih Imam Nawawi didalam Majmu’ dan Fatawa akan qaul dengan berpindah dan katanya di dalam Raudah dan iaitu yang kuat. (Bajuri) Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab, maka jika adalah awal puasa pada hari ; 1. Jum'at / Selasa maka Lailatul Qadar pada 27 Ramadhan 2. Sabtu maka Lailatul Qadar pada 23 Ramadhan 3. MInggu / RABU maka Lailatul Qadar pada 29 Ramadhan 4. Senin maka lailatul qadar pada 21 Ramadhan 5. Kamis maka Lailatul Qadar pada 25 Ramadhan